Sunday, 20 December 2015

Kepentingan bersarapan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.

Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:
Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.
Sarapan kaya protein lebih baik kerana membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa terlalu lapar ketika makan tengahari.
Bagaimana saya bersarapan? Saya mulakan dengan biskut-biskut dan roti. Kemudian bancuh ESP Shaklee sebab ESP kaya dengan protein yang membuatkan saya merasa kenyang lebih lama dan bertenaga.!
Kadang-kadang sampai ke petang pon saya belum lagi menjamah nasi. Siapa kata saya tak makan nasi langsung? Saya juga makan nasi sekurang-kurangnya sekali setiap hari. kadang-kadang berkali-kali juga saya makan nasi.hehe..
Kesimpulannya, jangan skip sarapan pagi. Kerana dengan bersarapanlah kita akan kekal cergas dan bertenaga.
"BREAKFAST IS THE MOST IMPORTANT MEAL OF THE DAY"

Saturday, 19 December 2015

ASSALAMUALAIKUM..

Yeeehhhaaaaa!!! Akhirnya malam ni terbina la jugak blog Lela ni..weiiii orang-orang kampung!! haku dah ada blog!..hikhikhik..

ambil kesempatan baby gurl tengah tido. untuk pengetahuan, Lela baru lepas melahirkan 3rd baby pada 7.12.2015 yang lepas..sekarang masih lagi dalam tempoh berpantang. hari ni hari yang ke 13.hihi..masih jauh nak menuju ke hari 40 tu..hehe

okep! cerita asal Lela terpengaruh nak berblog ni sebab terinspirasi dengan kata-kata upline masa we all tengah menceduk ilmu kat grup BORN TO WIN under GROUP AURA..Upline Lela kata "kalau ada blog, tengah tido pon, orang cari kita tuk nak order barang". (Lela jual Shaklee..pengumuman tak rasmi..hehe)

so, malam ni dengan secara gigihnya Lela bersungguh-sungguh sangat nak create blog..nak buat jugak sampai menjadik..hihi..macam tak percaya okiesss!! sebelum ni duk berkira-kira je nak buat, tapi tak buat-buat pon..bila dah berkira-kira je, jawabnya memang tak la kan?

apa-apa pon malam ni memang tekad nak buat jugak. Dan...ni la hasilnya!hehe..tak seberapa.tapi boleh la untuk newbie cam Lela ni kan?hueh3..

ok..stop dulu.nati kita sambung lagi.Baaaaanyak lagi benda yang nak kongsi ni sebenarnya. Tapi pelan-pelan kayuh..hihi..

Akhir kalam...Wassalam.