Friday 28 October 2016

ALL ABOUT EVE

Bismillahirrahmanirahim. Harini nak kenal kan diri la. Dari takde post, sampai dah 5 6 post, tapi belum pon kenalkan diri. Kang dah beratus-ratus post nati, still lupa nak kenalkan diri. Hahahaa..

pastu mula la duk tanya, kenapa takde pon orang nak follow blog kita kan? kahkah (padan muka!) sapae suruh malu-malu sangat nak kenalkan diri.

1st of all, nama saya Nor Laila binti Abdullah. Adik beradik, sanak sedara, sahabat handai, rakan taulan semua panggil Lela. Saya pon selesa kenalkan diri as Lela je. Instead of nama betul, Laila.

Kalau orang tanya, kenapa? Entah!selesa ngan nama Lela je. dah dari kecik lagi keluarga duk panggil nama gitu. Tapi ada gak la soerang dua sedara yang akan panggil Lela dengan panggilan Ela. Sikit sangat. Tak banyak.



K. Lela seorang mama beranak tiga. Dua lelaki sorang pompuan. Atas dukung tu anak no.3 Lela la tu. Asal Terengganu, tapi sekarang dah merantau. tinggal kat Puchong.

Seorang mama berkerjaya (chewahh..haha)..takdelah. Lela buat sambilan je sebenarnya. dekat Putrajaya. Lain kali kita cerita detail k pasal kerja sambilan ni. 

Dalam pada duk buat sambilan kerja ni, Lela juga menjalankan A LIFETIME BUSINESS, iaitu Shaklee. So, dipendekkan cerita, Lela adalah seorang pengedar Shaklee. Yang sah ok. Bukan celup-celup. Ada membership card bagai semua tau. Bukan sebarang pengedar. hehehe

Bagaimana terlibat dengan Shaklee?

Kenal dengan Shaklee ni sebenarnya dari seorang kawan baik Lela, noraida Omar. boleh follow ida dekat www.beautifulasywaq.blogspot.com. Masa tu bulan Disember 2013, baru lepas melahirkan abang ngah, anak kedua Lela. Sekaranga abang ngah dah umur 2 tahun 10 bulan. Alah sebut 3 tahun je lah kan. 

masa tu terbaca dekat facebook ida yang ada satu susu tu boleh buat badan lebih bertenaga semasa berpantang. dan boleh buat JADI KURUS!! selain tu boleh buat susu badan makin bertambah. Tu yang buat teruja nak cuba tu. 

Susu tu adalah ESP! Energizing Soy Protein. view gambar kat bawah ye. 


Memang 1st time cuba tu, terus jatuh cinta dengan ESP. Terus sign up jadi ahli Shaklee. Dan masih setia dengan ESP sampai sekarang tau. Then terus tambah dengan ALFALFA untuk MILKBOOSTER. Eh nanti la cerita pasal Shaklee ni kat lain entri. sekarang ni nak cerita pasal diri sendiri dulu la..haha

Tapi nak bagitahu apa lagi ye? Takpe.panjang lagi ni nak cerita. Kita cerita satu-satu la nanti ye. Jangan lupa terus follow Lela ye. Suka jugak Lela nak ajak korang jadi friends dengan Lela dekat Facebook & Instagram. Nanti add friends ye. 

Fb: Laila Abdullah
Fb Page: Vitamin Magnet
Instagram: laila_laabella

Moga ukhwah ni berpanjangan. dari alam siber ke alam sebenar. Ameen.

Thursday 27 October 2016

TULISAN KALERFUL DI FB

Assalamualaikum.. hai...!! Salam Jumaat uols...

wahhh pesbuk, dah ada pilihan berbagai-bagai kaler tulisan dia. syok la mencorat - coret kat fb kan? nampak tak yang kat bawah pada box  "what's on your mind?" tu? ala yang huruf A banyak-banyak kaler tu?

haaa..tu la yang Lela maksudkan tu. kalau uols dah update apps fb korang, memang akan nampak la benda-benda ni.


korang dah update ke application fb korang tu? kalau belum, jangan harap la nak dapat tulisan kaler_kaler macam ni tau. jenuh buat pon komfem tak jadi kalu tak update. hihihi..

macam Lela jugak la. duk tanya_tanya cemana la diorang boleh dapat tulisan kaler-kaler siap ada box lagi kat status-status diorang.

rupanya diorang update dulu apps fb diorang tu. baru la dapat. 
so, apa tunggu lagi, cepat la update uols.

Thursday 20 October 2016

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 1 Minit!!


Benda ni dah lama sebenarnya. Tapi Lela baru je terpanggil untuk mencuba. semua ni gara-gara tengok KWIK Card adik Lela. Cantik weh!! colourful. tak macam kad debit cimb yang kaler merah tu. jatuh cinta i tengok.kihkih.. Maybe sebab kaler dia yang hitam, ada hijau, pink dan biru tu buat keinginan terasa semakin meluapp-luap nak memiliki. kihkih
(ni kan rupa debit card cimb tuh)

Nak bagitahu, sebelum tulis entri ni Lela baru je siap register untuk KWIK Card Lela sendiri. semangat kan nak cerita.hahaha...So, pada yang tak tahu macamana cara nak apply or tak tahu pasal keistimewaan KWIK Card ni boleh la baca sharing Lela kat bawah ni.
(nampak tak kaler kwik card yang comel ni?)

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 1 Minit | 

CIMB Kwik ni bukanla perkhidmatan yang baru diperkenalkan di negara kita ni. CIMB Kwik dah dilancarkan pada tahun 2013 dan merupakan akaun pertama yang boleh dibuka dalam talian. 

Apa itu Akaun CIMB Kwik?

Akaun CIMB Kwik merupakan akaun yang boleh dibuka secara online bila bila masa tanpa perlu pergi ke cawangan CIMB Bank. Akaun CIMB Kwik juga boleh digunakan serta merta tanpa perlu tunggu berjam jam atau berhari hari. Menarik kan?

Apakah Kegunaan CIMB Kwik?
  • Anda boleh guna Kwik Card ketika membeli belah secara online. Apa yang menarik ialah Kwik Card menyediakan promosi yang istimewa dan bakal membuat anda teruja.
  • Anda boleh memindahkan wang dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit dan email.
  • Anda boleh Top Up kad tambah nilai prabayar
  • Anda boleh memindahkan wang ke luar negara
  • Anda boleh bayar bill on time

Kenapa Perlu Ada Akaun CIMB Kwik?

  • Swipe di mana mana kedai macam Kad Debit
  • Pengeluaran tunai di ATM CIMB
  • Nikmati diskaun & keistimewaan sebagai pemegang Kad Kredit / Kad Debit CIMB Bank.
  • Hanya perlu memasukkan sejumlah wang yang anda nak gunakan ketika shopping online jadi tak berlaku pembaziran.
  • Jika anda sering berurus niaga dalam talian (contohnya,pembayaran bil, tambah nilai prabayar, dan lain-lain) gunakan Akaun Kwik sebagai akaun khusus untuk semua urus niaga dalam talian anda untuk keselamatan tambahan.
  • Jika anak anda berusia 18 tahun dan melanjutkan pelajaran di tempat lain, minta mereka untuk membuka Akaun Kwik supaya anda boleh  memindahkan wang kepada mereka dengan mudah dan cepat. 

Cara Buka Akaun CIMB Kwik

Akaun Kwik boleh dibuka dalam EMPAT langkah mudah

Pertama, pergi ke laman web CIMB Clicks dan klik pada ‘Memohon Kwik.
Kedua, pilih sama ada anda Anda Bukan Pelanggan Cimb BankAnda Pelanggan CIMB Bank dan Mempunyai CIMB Clicks atau Anda Pelanggan CIMB Bank tetapi tidak mempunyai CIMB Clicks. Lepas tu tekan APPLY NOW

Ketiga, isi e-borang seperti dalam gambar dibawah



Keempat sahkan permohonan dengan kod kebenaran transaksi (TAC). SIAP!

Tahniah, Akaun Kwik anda berjaya dibuka! Jangan risau Akaun Kwik anda tidak mempunyai hubungan perbankan terlebih dahulu dan tiada deposit minimum yang diperlukan. Anda dengan segera boleh memulakan urus niaga perbankan Akaun Kwik tersebut. Semoga entri Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit memberi manfaat kepada anda~ 

lepas ni boleh la shopping online kan? tanpa perlu pikir pasal terlebih bajet ke apa sebab Kwik Card ni dia macam prepaid card la jugak. Kita boleh tentukan berapa yang perlu kita gunakan untuk sesuatu masa. Had penggunaan adalah sehingga RM 4,999 je. so, memang tak akan ada ketirisan la dalam berbelanja. Kita dah boleh set up kan berapa yang perlu kita guna. JOM APPLY KWIK!!

Monday 17 October 2016

BLOG DAH BERSARANG LELABAH

Bismillahirrahmannirrahim..

Oh maiiiii..!! dah bersarang labah-labah dah blog ku ini.hohoho..dah macam duduk dalam gua batu dah. Mood nak menulis tu ya ampuuuunn...terajin sangat la. haha

ni post ketiga setelah Lela berjaya create blog setahun yang lepas. nampak sangat kan kerajinan ku di sini. heheehe..sori la geng. orang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni macam ni la gamaknya.. (orang lain kalau baru nak berjinak-jinak punya la banyak entri kan? Lela ni baru 2 3 ketul je..)hihi...

lepas ni nak ken abuat entri lagi banyak lah. nak share semua yang kita buat kat sini. baru tak hilang dari ingatan.khennnn?? kahkah..
(Gambar sekadar hiasan)..hahaha.. Lela suka tengok gambar anak sedara yang tengah merenung jauh tepi abang long tu.  Background tu depan rumah. aman hamoni kan ada pokok kelapa. macam kat tepi pantai dah. keh keh.. masa ni abang long duk main anak-anak keretapi. paksu dia yang bagi.

eh melalut dah! suka hati je gi lalut sana lalut sini. k lah. nati ku rajin Lela cerita lagi. Lela sambung lagi ye.

Sunday 20 December 2015

Kepentingan bersarapan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kajian terhadap 900 orang dewasa mendapati mereka yang makan sarapan yang seimbang mengandungi lemak, protein, dan karbohidrat di waktu pagi berasa selesa dan tidak mudah lapar sepanjang hari berbanding mereka yang meninggalkan sarapan pagi.

Jika anda berasa sangat lapar sebelum waktu tengahari, ia mungkin disebabkan oleh tidak bersarapan. Oleh itu anda perlu makan sekurang-kurangnya makanan yang mempunyai 250 kalori setiap pagi dengan beberapa cara mudah:
Sediakan sarapan sebelum anda tidur. Anda perlu merancang sarapan anda supaya anda boleh membelinya dengan lebih awal seperti roti serat penuh, buah-buahan, dan lain-lain.
Sediakan sekotak bijirin atau sebungkus oat dengan susu rendah lemak atau susu soya di tempat kerja anda sekiranya anda tidak sempat bersarapan di rumah.
Makan sarapan sedikit lewat jika perut anda tidak boleh menerima makanan di awal pagi. Sarapan pada pukul 9 atau 10 pagi masih boleh membantu anda untuk sentiasa bertenaga dan selesa sepanjang hari.
Sarapan kaya protein lebih baik kerana membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa terlalu lapar ketika makan tengahari.
Bagaimana saya bersarapan? Saya mulakan dengan biskut-biskut dan roti. Kemudian bancuh ESP Shaklee sebab ESP kaya dengan protein yang membuatkan saya merasa kenyang lebih lama dan bertenaga.!
Kadang-kadang sampai ke petang pon saya belum lagi menjamah nasi. Siapa kata saya tak makan nasi langsung? Saya juga makan nasi sekurang-kurangnya sekali setiap hari. kadang-kadang berkali-kali juga saya makan nasi.hehe..
Kesimpulannya, jangan skip sarapan pagi. Kerana dengan bersarapanlah kita akan kekal cergas dan bertenaga.
"BREAKFAST IS THE MOST IMPORTANT MEAL OF THE DAY"

Saturday 19 December 2015

ASSALAMUALAIKUM..

Yeeehhhaaaaa!!! Akhirnya malam ni terbina la jugak blog Lela ni..weiiii orang-orang kampung!! haku dah ada blog!..hikhikhik..

ambil kesempatan baby gurl tengah tido. untuk pengetahuan, Lela baru lepas melahirkan 3rd baby pada 7.12.2015 yang lepas..sekarang masih lagi dalam tempoh berpantang. hari ni hari yang ke 13.hihi..masih jauh nak menuju ke hari 40 tu..hehe

okep! cerita asal Lela terpengaruh nak berblog ni sebab terinspirasi dengan kata-kata upline masa we all tengah menceduk ilmu kat grup BORN TO WIN under GROUP AURA..Upline Lela kata "kalau ada blog, tengah tido pon, orang cari kita tuk nak order barang". (Lela jual Shaklee..pengumuman tak rasmi..hehe)

so, malam ni dengan secara gigihnya Lela bersungguh-sungguh sangat nak create blog..nak buat jugak sampai menjadik..hihi..macam tak percaya okiesss!! sebelum ni duk berkira-kira je nak buat, tapi tak buat-buat pon..bila dah berkira-kira je, jawabnya memang tak la kan?

apa-apa pon malam ni memang tekad nak buat jugak. Dan...ni la hasilnya!hehe..tak seberapa.tapi boleh la untuk newbie cam Lela ni kan?hueh3..

ok..stop dulu.nati kita sambung lagi.Baaaaanyak lagi benda yang nak kongsi ni sebenarnya. Tapi pelan-pelan kayuh..hihi..

Akhir kalam...Wassalam.