Thursday, 20 October 2016

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 1 Minit!!


Benda ni dah lama sebenarnya. Tapi Lela baru je terpanggil untuk mencuba. semua ni gara-gara tengok KWIK Card adik Lela. Cantik weh!! colourful. tak macam kad debit cimb yang kaler merah tu. jatuh cinta i tengok.kihkih.. Maybe sebab kaler dia yang hitam, ada hijau, pink dan biru tu buat keinginan terasa semakin meluapp-luap nak memiliki. kihkih
(ni kan rupa debit card cimb tuh)

Nak bagitahu, sebelum tulis entri ni Lela baru je siap register untuk KWIK Card Lela sendiri. semangat kan nak cerita.hahaha...So, pada yang tak tahu macamana cara nak apply or tak tahu pasal keistimewaan KWIK Card ni boleh la baca sharing Lela kat bawah ni.
(nampak tak kaler kwik card yang comel ni?)

Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 1 Minit | 

CIMB Kwik ni bukanla perkhidmatan yang baru diperkenalkan di negara kita ni. CIMB Kwik dah dilancarkan pada tahun 2013 dan merupakan akaun pertama yang boleh dibuka dalam talian. 

Apa itu Akaun CIMB Kwik?

Akaun CIMB Kwik merupakan akaun yang boleh dibuka secara online bila bila masa tanpa perlu pergi ke cawangan CIMB Bank. Akaun CIMB Kwik juga boleh digunakan serta merta tanpa perlu tunggu berjam jam atau berhari hari. Menarik kan?

Apakah Kegunaan CIMB Kwik?
  • Anda boleh guna Kwik Card ketika membeli belah secara online. Apa yang menarik ialah Kwik Card menyediakan promosi yang istimewa dan bakal membuat anda teruja.
  • Anda boleh memindahkan wang dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit dan email.
  • Anda boleh Top Up kad tambah nilai prabayar
  • Anda boleh memindahkan wang ke luar negara
  • Anda boleh bayar bill on time

Kenapa Perlu Ada Akaun CIMB Kwik?

  • Swipe di mana mana kedai macam Kad Debit
  • Pengeluaran tunai di ATM CIMB
  • Nikmati diskaun & keistimewaan sebagai pemegang Kad Kredit / Kad Debit CIMB Bank.
  • Hanya perlu memasukkan sejumlah wang yang anda nak gunakan ketika shopping online jadi tak berlaku pembaziran.
  • Jika anda sering berurus niaga dalam talian (contohnya,pembayaran bil, tambah nilai prabayar, dan lain-lain) gunakan Akaun Kwik sebagai akaun khusus untuk semua urus niaga dalam talian anda untuk keselamatan tambahan.
  • Jika anak anda berusia 18 tahun dan melanjutkan pelajaran di tempat lain, minta mereka untuk membuka Akaun Kwik supaya anda boleh  memindahkan wang kepada mereka dengan mudah dan cepat. 

Cara Buka Akaun CIMB Kwik

Akaun Kwik boleh dibuka dalam EMPAT langkah mudah

Pertama, pergi ke laman web CIMB Clicks dan klik pada ‘Memohon Kwik.
Kedua, pilih sama ada anda Anda Bukan Pelanggan Cimb BankAnda Pelanggan CIMB Bank dan Mempunyai CIMB Clicks atau Anda Pelanggan CIMB Bank tetapi tidak mempunyai CIMB Clicks. Lepas tu tekan APPLY NOW

Ketiga, isi e-borang seperti dalam gambar dibawah



Keempat sahkan permohonan dengan kod kebenaran transaksi (TAC). SIAP!

Tahniah, Akaun Kwik anda berjaya dibuka! Jangan risau Akaun Kwik anda tidak mempunyai hubungan perbankan terlebih dahulu dan tiada deposit minimum yang diperlukan. Anda dengan segera boleh memulakan urus niaga perbankan Akaun Kwik tersebut. Semoga entri Buka Akaun CIMB Kwik Dalam Masa 5 Minit memberi manfaat kepada anda~ 

lepas ni boleh la shopping online kan? tanpa perlu pikir pasal terlebih bajet ke apa sebab Kwik Card ni dia macam prepaid card la jugak. Kita boleh tentukan berapa yang perlu kita gunakan untuk sesuatu masa. Had penggunaan adalah sehingga RM 4,999 je. so, memang tak akan ada ketirisan la dalam berbelanja. Kita dah boleh set up kan berapa yang perlu kita guna. JOM APPLY KWIK!!

No comments: